10 Sebab Anda Perlukan Suplemen Zat Besi

Zat besi ataupun ‘iron’ adalah amat mustahak kepada fungsi badan yang normal dan sihat. Semua sel badan mengandungi bahan ini walaupun dalam kadar yang rendah. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh ada pada sel darah merah kita. Ini adalah kerana zat besi penting dalam mekanisme pengangkutan oksigen kepada seluruh tubuh melalui darah. Zat besi juga penting dalam penghasilan tenaga melalui nutrien-nutrien yang kita makan selain berperanan penting dalam penghasilan impuls saraf. Zat ini secara normalnya diperoleh daripada makanan, namun terdapat 10 sebab anda perlukan suplemen zat besi sebagai tambahan untuk kesihatan yang menyeluruh.

suplemen zat besi

1. Anemia disebabkan kekurangan zat besi

Anemia disebabkan kekurangan zat besi (iron deficiency anemia) adalah sejenis anemia yang paling kerap dihadapi oleh ramai daripada kita. Ia disebabkan kekurangan sel darah merah yang normal dan sihat.

Tanpa zat besi yang secukupnya, tubuh tidak mampu menghasilkan hemoglobin untuk sel darah merah berfungi dengan baik mengangkut oksigen daripada peparu ke seluruh badan. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit berasa penat dan sesak nafas.

2. Anda mengandung

Wanita yang tidak mengandung memerlukan 15 – 18 mg zat besi setiap hari. Bagi wanita mengandung pula, mereka memerlukan zat besi dalam jumlah yang lebih banyak sekitar 27 mg sehari (National Institute of Health, NIH). Oleh itu, pengambilan suplemen zat besi adalah cara terbaik untuk menambahkan keperluan zat besi ini kepada wanita mengandung.

3. Anda mempunyai bayi

Bayi yang menyimpan lebihan zat besi ketika mereka dalam kandungan. Simpanan zat besi ini digunakan dalam masa 6 bulan terawal selepas kelahiran. Selepas 6 bulan, mereka perlu diberikan makanan yang telah ditambah dengan zat besi (iron-fortified) khususnya apabila tidak lagi menyusu sepenuhnya. Pengambilan suplemen zat besi kepada bayi dan kanak-kanak perlu mendapat pengesahan doktor kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan mereka jika diambil dalam dos yang salah.

4. Anda datang bulan

Antara sebab utama dos zat besi untuk wanita adalah hampir 2 kali ganda lebih berbanding lelaki ialah kerana wanita mengalami haid setiap bulan. Jadi, suplemen zat besi memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan yang baik untuk wanita.

5. Anda kuat bersenam

Zat besi juga boleh hilang dalam kadar yang signifikan melalui perpeluhan. Jika anda seorang yang aktif bersukan, anda perluka suplemen zat besi untuk ‘top-up’ semula kehilangan zat besi ini daripada tubuh anda, khususnya bagi wanita.

6. Anda mengalami kehilangan darah

Jika anda selalu menderma darah ataupun anda mengalami pendarahan gastrointestinal berpunca daripada ulser dan kanser, anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya zat besi selain pilihan alternatif melalui suplemen zatbesi untuk mengawal kondisi anda.

7. Anda mengambil ubatan yang merendahkan zat besi

Terdapat beberapa jenis ubatan yang bersifat ‘iron-depleting’ iaitu ia boleh merendahkan zat besi dalam tubuh. Selalunya ini adalah disebabkan kesan sampingan dadah tersebut. Berikut adalah ubatan yang boleh merendahkan zat besi dalam tubuh.

a. Quinolones

Sejenis antibiotik

b. Tetracycline (Panmycin)

c. Ranitidine (Zantac) & Omeprazole (Prilosec)

Digunakan untuk ulser, ‘hearburn’ (pedih ulu hati) dan masalah berkaitan perut

d. Colestipol (Colestid)

Ubat menurunkan kolesterol

e. Cholestyramine (Prevalite)

Ubat menurunkan kolesterol

8. Anda memerlukan dialisis

Kebanyakan mereka yang memerlukan dialisis akan mengalami masalah kekurangan zat besi. Apabila buah pinggang bermasalah, hormon eryhthropoietin yang penting dalam mekanisme penghasilan sel darah merah.

Oleh itu, mereka yang dalam dialisis selalunya akan menghadapi anemia sebagai kesan sampingan dialisis. Oleh itu, zat besi penting untuk mengurangan simptom anemia ini. Anda dinasihatkan berbincang dengan doktor untuk mengenalpasti cara terbaik memastikan kandungan zat besi anda adalah pada paras yang baik.

9. Anda mengambil ACE Inhibitor

Ubatan dari jenis ACE Inhibitor juga menggangu kemampuan tubuh untuk menyerap zat besi. ACE adalah kependekan daripada Angiotensin Converting Enzyme digunakan oleh para doktor untuk beberapa kondisi iaitu:

a. Sakit jantung

b. Tekanan darah tinggi

c. Diabetis Type 2

d. Sakit buah pinggang (tahap ‘mild’)

10. ADHD

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam Annals of Medical & Health Sciences Research pada tahun 2014 mendapati kekurangan zat besi dikaitkan dengan peningkatan risiko ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) iaitu sejenis kondisi mental yang banyak dihadapi oleh ramai kanak-kanak.

Dalam rangkaian produk Shaklee, multivitamin/mineral terbaik yang mengandungi zat besi ialah Shaklee Vitalea. Ia didatangkan dalam 2 versi iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Anda boleh mencubanya untuk mendapatkan suplemen zat besi terbaik yang natural dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge