3 Tanda Tanda Gastrik

Dalam trip saya ke Padang, Indonesia pada bulan lepas sebelum menjelangnya bulan Ramadan, saya berkesempatan mengenali seorang pemandu pelancong yang amat bagus. Cumanya dia ada mengadu kepada saya tentang kesukarannya untuk berpuasa secara sempurna pada bulan puasa disebabkan penyakit gastrik. Jadi, hari ini mari kita ‘explore’ sedikit sebanyak tentang tanda tanda gastrik yang pastinya bermanfaat untuk rujukan kepada mereka yang mengalami masalah ini.

tanda tanda gastrik

Apa itu Gastrik?

Gastrik atau dalam bahasa perubatannya gastritis ialah sejenis keradangan pada lapisan dalam perut. Rasa sakit berpunca daripada gastrik ini adalah disebabkan tahap keasidan dalam perut yang tinggi. Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria tertentu dan juga penggunaan bahan-bahan tertentu seperti alkohol dan dadah NSAID termasuklah aspirin. Gastrik yang berpunca daripada bakteria secara umumnya dikategorikan sebagai gastritis kronik manakala yang disebabkan alkohol dan dadah tertentu diklasifikasikan sebagai gastritis akut. Gastritis akut berlaku secara tiba-tiba manakala gastritis kronik berlaku dalam jangka masa yang lama. Gastritis kronik telah dikenalpasti disebabkan bakteria yang dinamakan Helicobacter pylori (H. pylori) yang menyerang perut. Bakteria ini juga adalah punca ulser perut. Bagi kes gastritis akut, makanan dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya gastrik kerana ia meningkatkan keasidan perut.

5 Makanan Penyebab Gastrik

Sebenarnya, makanan penyebab gastrik bergantung kepada individu. Tetapi secara umumnya terdapat 5 jenis makanan yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Minuman beralkohol

b. Minuman berkafein termasuklah kopi dan teh

c. Makanan yang pedas

d. Makanan yang ada coklat

e. Makanan tinggi lemak

3 Tanda Tanda Gastrik Yang Utama

Tanda tanda gastrik ataupun simptom-simptomnya adalah pelbagai dan kebanyakkannya berbeza antara satu individu dengan lainnya. Tetapi secara kasarnya, terdapat 3 tanda tanda gastrik yang utama yang perlu diberi perhatian iaitu:

  1. Rasa senak di bahagian perut (indigestion)
  2. Rasa mual dan muntah-muntah (nausea)
  3. Rasa sakit di bahagian atas abdomen

Simptom-simptom lain yang berkait dengan gastrik termasuklah:

  1. Rasa kembung perut (bloating)
  2. Hilang selera makan
  3. Muntah darah ataupun bahan seperti serbuk kopi
  4. Najis berwarna hitam dan ‘tarry’

Solusi Shaklee Untuk Gastrik

Solusi Shaklee untuk gastrik yang paling popular dan lazat ialah ESP yang berasaskan kacang soya organik yang 100% halal. ESP telah terbukti membantu mengurangkan keasidan perut yang menjadi punca No.1 masalah gastrik. Sumber kacang soya Shaklee telah dipastikan Non-GMO bagi menjamin keselamatan makanan yang terbaik. Apa lagi, jika anda mengalami masalah gastrik, jom cuba ESP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge