5 Manfaat Karetonoid Untuk Kesihatan

Karotenoid adalah bahan semulajadi yang memberikan warna merah, oren dan kuning kepada sayur-sayuran serta buah-buahan seperti lobak merah, tomato dan betik. Bahan ini terdapat bukan sahaja pada tumbuhan tetapi juga dalam alga dan bakteria tertentu. Karetonoid tidak boleh dihasilkan oleh haiwan dan manusia. Oleh itu, kebaikannya hanya boleh diperolehi daripada pemakanan sumber-sumbernya tadi. Terdapat lebih 600 jenis karetonoid tetapi yang paling penting ialah beta-carotene, alpha-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene dan astaxanthin. Kali ini, kita melihat dengna lebih lanjut tentan 5 manfaat karetonoid untuk kesihatan kita.

manfaat karetonoid

Kenapa Karotenoid Penting?

Sebagai antioksidan, karetonoid penting dalam mengelakkan kerosakan sel khususnya untuk mata. Kajian saintifik terkini juga menunjukkan potensi dalam kesihatan kardiovaskular dan kesihatan lelaki. Lycopene yang banyak terdapat dalam tomato juga telah dikenalpasti sebagai nutrien yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan peparu, prostat, hati, kolon dan payudara. Berikut adalah 5 manfaat karetonoid yang baik utnuk kesihatan.

1. Menyokong kesihatan mata

Kebaikan lobak merah ataupun ‘carrots’ kepada kesihatan mata sememangnya telah lama diketahui. Manfaat ini sebenarnya adalah kerana lobak merah kaya dengan karetonoid khususnya sebagai retinol dan pro-vitamin A. Penggunaan karetonoid dalam mengatasi masalah mata yang berkaitan dengan retina telah dikaji secara meluas dan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi.

2. Penting untuk kesihatan jantung

Banyak kajian berasaskan populasi (population-based studies) yang telah menunjukkan kepentingan karetonoid dalam menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung. Nutrien ini berfungsi secara sinergistik dengan nutrien-nutrien lain seperti vitamin C dan vitamin E dalam memberi manfaat terbaik untuk jantung.

3. Berpotensi sebagai anti-tumor

Buat masa sekarang, adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa karetonoid boleh mengelakkan kanser atau barah. Potensi karetonoid dari aspek ini masih dalam kajian pelbagai pihak di seluruh dunia. Namun, terdapat banyak kajian yang menunjukkan karetonoid kaya dengan bahan aktif yang dinamakan sebagai acetylenics yang dikenalpasti mampu melawan pertumbuhan tumor.

4. Menyokong kesihatan lelaki

Sifat antioksidan yang ada pada karetonoid telah dikenalpasti mampu melindung sel sperma seterusnya meningkatkan kesuburan lelaki. Dalam satu kajian pada 2013 oleh Bahagian Urology, University of Medicine and Dentistry of New Jersey, Amerika Syarikat, para doktor mendapati kesuburan lelaki dapat ditingkatkan sehingga 4 kali ganda dengan suplementasi nutrien-nutrien tertentu termasuklah karetonoid, vitamin C, vitamin E, selenium, glutathione dan zink.

5. Kesihatan kulit

Banyak kajian yang menunjukkan karetonoid memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit. Ini adalah kerana sifat antioksidannya yang melindungi sel-sel kulit daripada radikal bebas. Kajian-kajian ini mendapati bukan sahaja karetonoid seperti beta-carotene dan beta-cryptoxanthin yang bagus untuk kulit malahan karetonoid yang bukan pro-vitamin A seperti lutein, zeaxanthin dan astaxanthin juga berkesan dalam menyokong kesihatan kulit dengan menyeluruh.

Solusi Shaklee Untuk Nutrisi Kaya Karetonoid

Shaklee mempakejkan segala kebaikan dan manfaat karetonoid ini dalam produk yang dinamakan Carotomax. Ia dihasilkan daripada pelbagai sumber tumbuhan yang kaya dengan 6 jenis karetonoid utama iaitu beta-carotene, alpha-carotene, lutein, astaxanthin, zeaxanthin dan lycopene. Satu kapsul Carotomax membekalkan 13 mg keperluan karetonoid untuk manfaat karetonoid yang optimum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge