9 Manfaat Bawang Putih Yang Dibuktikan Oleh Sains

Bawang putih ataupun ‘garlic’ adalah antara bahan mentah yang amat penting dalam penyediaan makanan di seluruh dunia. baik di sebelah Timur, mahupun Barat. Ia adalah perasa semulajadi yang tanpanya, hidangan kita tak akan sesedap yang diharapkan. Bawang putih sebenarnya telah digunakan untuk penyediaan makanan, makanan tambahan dan kesihatan sejak zaman Mesir Purba lagi. Ia juga digunakan secara ekstensif dalam perubatan tradisional Cina dan India. Hari ini kita akan ‘explore’ 9 manfaat bawang putih yang dibuktikan oleh sains.

manfaat bawang putih

1. Risiko kanser paru-paru

Dalam satu kajian di China yang diterbitkan dalam jurnal Cancer Prevention Research menunjukkan mereka yang makan bawang putih secara mentah sekurang-kurang 2 kali seminggu adalah 44% lebih rendah dari segi risiko mendapat kanser paru-paru. Kajian ini dijalankan selama 7 tahun oleh Jiangsu Provincial Centre for Disease Control & Prevention.

2. Kanser otak

Kajian lain pula menunjukkan sebatian organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih telah didapati berkesan dalam menghapuskan sel-sel kanser pesakit glioblastoma, sejenis kanser otak yang berbahaya. Kajian ini dijalankan oleh para pengkaji di Medical University of South Carolina, Amerika Syarikat mendapati tiga sebatian organo-sulfur dalam bawang putih iaitu DAS, DATS dan DATS amat berkesan dalam menghapuskan sel-sel kanser otak ini. Antara 3 sebatian ini, sebatian DATS adalah yang paling efektif.

3. Osteoarthritis bahagian pinggul

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal BMC Musculoskeletal Disease, menunjukkan wanita yang beramal diet yang kaya dengan sayur-sayuran allium seperti bawang putih, leek dan lain-lain mempunyai insiden osteoarthritis yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sayur-sayuran yang kaya dengan allium. Kajian jangka masa panjang yang dijalankan oleh para saintis daripada University College, London and East Anglia University ini melibatkan 1,000 orang wanita kembar yang sihat mendapati wanita yang mengambil diet yang kaya dengan allium mempunyai risiko mendapat osteoarthritis bahagian pinggul (hip) yang jauh yang lebih rendah.

4. Antibiotik semulajadi

Antara manfaat bawang putih yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi ialah fungsinya sebagai antibiotik semulajadi yang amat berkesan. Kajian oleh para saintis di Washington State University, Amerika Syarikat mendapati diallyl sufide, sejenis sebatian dalam bawang putih adalah 100 kali ganda lebih efektif berbanding 2 antibiotik paling popular dalam melawan bakteria Campylobacter yang menjadi punca kepada banyak jangkitan di bahagian usus (intestinal infection).

5. Kesihatan jantung

Diallyl trisulfide iaitu sejenis sebatian dalam minyak bawang putih telah didapati berkesan dalam membantu melindungi jantung ketika pembedahan kardiak dan selepas serangan jantung. Kajian ini dijalankan oleh para pengkaji daripada Emory University School of Medicine, Amerika Syarikat. Ada kajian lain yang menunjukkan manfaat bawang putih kepada pesakit diabetis yang mengalami cardiomypathy.

6. Kolesterol & tekanan darah tinggi

Bawang putih juga telah didapati membantu dalam gejala kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Satu kajian yang dijalankan di Ankara University, Turki profail lipid darah menjadi lebih baik dengan suplementasi ekstrak bawang putih. Kajian ini melibatkan 23 orang peserta dan telah diterbitkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry. Kajian selama 4 bulan ini membuktikan bawang putih mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan tekanan darah.

7. Kanser prostat

Satu kajian meta-analysis yang dijalankan oleh para doktor di Jabatan Urology, China-Japan Friendship Hospital di Beijing mendapati diet yang kaya sayuran allium khususnya bawang putih menurunkan risiko kanser prostat. Kajian ini telah diterbitkan dalam Asian Pacific Journal of Cancer Prevention dan melibat semua kajian berkenaan subjek ini sehingga Mei 2013. Secara keseluruhannya, kajian meta-analysis ini melibatkan 132,192 orang subjek.

8. Kerosakan hati berpunca daripada alkohol

Kerosakan hati berpunca daripada alkohol atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai alcohol-induced liver damage adalah satu kondisi di mana organ hati menjadi rosak disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan dalam jangka masa panjang. Kajian telah dibuat oleh para saintis di Institute of Toxicology, School of Public Health, Shandong University di China yang mengkaji sebatian organo-sulfur diallyl disulfide (DADS) yang terdapat dalam bawang putih. Mereka mendapati DADS dalam bawang putih mampu melindungi organ hati daripada kerosakan yang berpunca daripada ethanol.

9. Kelahiran Tidak Cukup Bulan

Manfaat bawang putih juga telah dikenalpasti dalam kes kelahiran tak cukup bulan yang juga disebut sebagai Pre-Term Delivery (PTD). Kajian di Norway yang telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition mendapati risiko PTD menurun secara signfikan dengan pengambilan bawang putih di kalangan 18,888 subjek wanita mengandung yang dikaji. Para saintis berpandangan ini adalah disebabkan sifat antimikrobial yang berkesan dalam bawang putih yang berperanan dalam mengelakkan pembiakan mikrob yang dikaitkan dengan PTD.

Manfaat Bawang Putih Terbaik dengan Shaklee Garlic Complex

Untuk mendapat manfaat bawang putih yang terbaik, anda dicadangkan untuk mengambil Shaklee Garlic Complex. Ini adalah kerana Shaklee Garlic Complex adalah bersumberkan bawang putih yang ditanam secara 100% organik tanpa penggunaan racun rumpai (herbisid) dan racun serangga (pestisid) yang kedua-duanya adalah bersifat karsinogenik iaitu boleh menyebabkan kanser. Solusi 100% halal dari Shaklee ini didatangkan dalam tablet 500 mg yang bersamaan dengan 1 ulas bawang putih segar. Bau bawang putih yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang juga telah dikawal dengan tambahan herba spearmint dan rosemary.

Dapatkan Shaklee Garlic Complex anda sekarang!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge