Suplemen Darah Tinggi Terbaik Untuk Semua

Penyakit tekanan darah tinggi ataupun ‘hypertension’ adalah antara penyakit 3 serangkai yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia selain diabetis dan sakit jantung. Sebenarnya, penyakit tekanan darah tinggi ini adalah punca penyakit jantung, strok dan sakit buah pinggang. Tidak dinafikan ‘hypertension’ adalah penyakit yang serius namun jika anda telah didiagnos dengan masalah ini dan berada pada tahap awal dan sederhana, pintu ikhtiar secara semulajadi tanpa dadah masih terbuka. Hari ini saya ingin berkongsi tentang suplemen darah tinggi terbaik untuk mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi.

suplemen darah tinggi

Apakah itu Tekanan Darah Tinggi?

Semua orang mempunyai tekanan darah. Ini adalah kerana apabila darah dipamkan melalui arteri/salur darah, tenaga akan terhasil pada dinding arteri tersebut.

Tekanan darah diukur berdasarkan 2 angka iaitu angka di atas yang menunjukkan tekanan darah ketika ia dipam dari jantung (tekanan sistolik) dan angka di bawah yang merujuk kepada tekanan darah ketika jantung berehat (tekanan diastolik).

Seseorang dikatakan menghadapi masalah tekanan darah tinggi apabila angka di atas adalah apabila angkanya melebihi 130 mmHg dan angka di bawak pula adalah 80 mmgHg. Ini adalah takrifan terkini daripada American Heart Association (AHA) pada November 2017.

Punca Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi ini terjadi disebabkan apabila jantung perlu bekerja mengepam dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah kepada seluruh badan dalam situasi di mana salur darah menyempit khususnya disebabkan pengumpulan plaque dalam arteri iaitu atherosklerosis. Jadi, secara ringkasnya, punca utama masalah tekanan darah tinggi adalah pemakanan yang tidak sihat terutamanya pengambilan diet tinggi kolesterol.

Tanpa pemeriksaan kesihatan secara berkala, adalah sukar untuk kita mengetahui samada kita menghadapi tekanan darah tinggi. Oeh sebab itu, penyakit tekanan darah tinggi ini boleh menjadi pembunuh senyap yang berbahaya.

Mengikut statistik 85 juta rakyat Amerika Syarikat mengalami masalah ini. Manakala di Malaysia, dianggarkan sekitar 20% sehingga 50% kematian biasa adalah berpunca daripada tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% penduduk dunia menghadapinya termasuklah 5% adalah di kalangan kanak-kanak.

Mengikut Kajian Kesihatan & Morbiditi 1996, di Malaysia, 24% rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Ini bermaksud hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia menghadapi hypertension. Tinggi!

Bagaimana mengelakkannya

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah tekanan darah tinggi. Berikut adalah 7 langkah utama yang wajib diamalkan oleh kita semua.

  1. Bersenam sekurang-kurang 30 minit, 5-7 kali setiap minggu
  2. Mengurangkan pengambilan makana tinggi lemak, tinggi gula dan tinggi karbohidrat
  3. Mengurangkan pengambilan garam berlebihan
  4. Berhenti merokok
  5. Tidak mengambil alkohol dan dadah
  6. Mengawal stres dengan bijak
  7. Meningkatkan pengambilan nutrien-nutrien penting untuk kesihatan

Suplemen Darah Tinggi Terbaik

Bagi mereka yang telah didiagnos mengalami tekanan darah tinggi, saya ingin mencadangkan pengambilan beberapa vitamin dan suplemen darah tinggi yang sesuai sebagai ikhtiar mengurangkan tekanan darah anda. Ia juga sesuai untuk mereka yang ingin mengelakkan penyakit darah tinggi.

Tetapi, harus juga diingatkan di sini bahawa pengambilan suplemen bukanlah rawatan tetapi sebagai satu pendekatan membantu mengawal tekanan darah secara semulajadi, tanpa dadah. Ia adalah sebahagian daripada 7 langkah utama yang dikongsikan seperti di atas yang asasnya berpaksikan pendekatan mengubah cara hidup kita kepada yang lebih sihat.

Terdapat 3 nutrien utama yang telah dibuktikan secara saintifik, penting untuk menurunkan tekanan darah tinggi iaitu:

1. Potassium

Nutrien ini berfungsi mengawal kadar garam dalam badan yang merupakan salah satu punca tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian, didapati pengambilan sehingga 5,00 – 1,000 mg Potassium selama 8 minggu berjaya menurunkan tekanan darah sebanyak 10 poin untuk 40% pesakit. Namun demikian, pengambilan 100 mg adalah memadai dan ini juga terkandung dalam produk Shaklee Milkshake.

2. Magnesium

Mineral ini juga adalah amat penting dalam mengawal tekanan darah. Mengikut satu kajian melibatkan 615 orang, kebanyakan mereka yang mempunyai tekanan darah yang normal adalah mereka yang tinggi kandungan magnesium dalam darah.

Pengambilan sehingga 500 mg sehari mampu mengurangkan kehilangan nutrien ini melalui peluh dan perkumuhan. Nutrien ini agak sukar untuk didapati melalui pemakanan. Oleh itu pengambilan suplemen seperti Shaklee Vitalea yang mengandungi 100 mg Magnesium untuk setiap tablet amatlah disarankan.

3. CoQ 1o

Kekurangan nutrien CoQ 10 ini didapati dalam semua pesakit darah tinggi. Pengkaji di University of Texas, Amerika Syarikat dan di Osaka, Jepun mendapati pengambilan 45 sehingga 60 mg CoQ 10 sehari mampu menurunkan tekanan darah sehingga 12 – 25 poin.

Para saintis juga mendapati CoQ 10 adalah nutrien paling efektif dalam mengembalikan tekanan darah normal di kalangan pesakit darah sakit yang masih berada di peringkat awal ataupun sederhana. Shaklee menawarkan kebaikan CoQ 10 ini dalam produk suplemen darah tinggi iaitu CoQTrol yang menggabungkan juga kebaikan resveratrol. CoQTrol mengandungi 100 mg CoQ 10 untuk setiap kapsul.

4. Zat Besi

Zat besi penting sebagai suplemen darah tinggi kerana ia mampu meningkatkan keupayaan darah mengangkut oksigen (oxygen-carrying ability) ke seluruh tubuh. Ini adalah satu ciri penting untuk mengurangkan tekanan darah.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition mendapati peserta yang mengambil zat besi melalui multivitamin mempunyai tekanan darah yang jauh lebih rendah berbanding kumpulan-kumpulan lain.

Dalam kajian lain, didapati zat besi yang diambil melalui makanan berasaskan daging merah iaitu zat besi jenis heme boleh meningkatkan tekanan darah manakala zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan menurunkan tekanan darah. Dengan erti kata lain, pengambilan zat besi dari sumber tumbuhan adalah lebih baik. Oleh itu, Shaklee mendatangkan kebaikan zat besi ini melalui produk Shaklee Vitalea yang mengandungi 9 mg Zat Besi untuk setiap tablet.

Harus diingat, pengambilan zat besi perlulah dalam dos yang dibenarkan iaitu 8 mg/hari (lelaki) dan 18 mg (wanita) kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan tekanan darah rendah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge